Friday 7 December 2012

Apabila Wanita Menangis :-/



Pernah x korang tanya kenapa seorang wanita sanggup mengalirkan airmata nya hanya kerana seorang LELAKI ? ? Mungkin sebab korang dah terbiasa bahawa wanita memang suka menangis . . Seorang wanita tidak akan menangis dengan mudah kecuali apabila dia sudah mula menyintai seseorang . Dia sanggup merendahkan egonya hanya semata-mata kerana orang yang dia sayang . Apabila dia menangis di hadapan orang yang dia sayang , apabila dia menangis kerana orang yang dia sayang , pandanglah matanya . . Boleh kah orang yang dia sayang rasa apa yang dia rasa setelah  pandang matanya ? Pernah tak orang yang dia sayang cuba untuk memahami apa yang dia rasa ? Agak-agak , berbaloi tak dia menangis di hadapan orang yang dia sayang hanya keran orang yang dia sayangkan tu ? ? KETAHUILAH , , dia menangis bukanlah kerana dia lemah . . Dia menangis bukan lah kerana dia mahukan belas kasihan ataupun simpati . . Tapi dia menangis kerana dia tidak mampu lagi untuk menangis di dalam hatinya . . Kesedihan yang dirasai oleh nya menjadi semakin berat untuk dibendung dan juga untuk disimpan seorang diri . . Cubalah ambil sedikit masa untuk berfikir . Jika dia menangis hanya kerana orang yang dia sayang , mungkin sudah tiba masanya untuk orang yang dia sayang berfikir di manakah silapnya ? ? Kerana hanya orang yang dia sayang lah yang tahu di manakah silapnya . . Fikirkan , , suatu hari nanti ianya mungkin terlalu lambat untuk orang yang dia sayang menyesali semuanya dan juga mungkin terlalu lambat untuk orang yang dia sayang itu mengucapkan kata MAAF . . Jikalau seorang wanita menangis hanya kerana seseorang yang dia sayang , , orang itu sepatutnya tidak membiarkan dia menangis keseorangan . . Berada lah di sisinya , menemani dia . . Ataupun pujuk lah dia , hilangkan kesedihan yang ada di dalam hatinya . . Kerana dia lah yang akan setia bersama anda sehingga ke akhir hayat anda . . Jikalau seseorang wanita menangis kerana orang yang dia sayang , , tidak sepatutnya orang yang dia sayang itu meninggalkannya . Kerana waktu itu lah dia sangat2 memerlukan orang yang dia sayang . Jika orang yang dia sayang meninggalkannya di saat dia dalam kesedihan , , ianya akan membuatkan hatinya bertambah sedih dan terluka . . Jangan pernah ungkapkan kata cinta kepada seseorang wanita , , selagi belum benar-benar yakin dan bersedia untuk bercinta . . Kerana jika kata cinta telah diungkapkan kepada seseorang wanita sementara kamu belum bersedia dan yakin untuk bercinta , ianya hanya akan membuat wanita itu menangis dan sengsara . . Mugkin mudah bagi seseorang wanita melupakan cinta lamanya terutama cinya yang tulus dan ikhlas kerana ALLAH . . Tetapi bukan mudah untuk membuang parut di dalam hatinya . Belajar lah untuk menghargai wanita yang tulus dan ikhlas mencintaimu kerana ALLAH . . Kerana setelah anda melepaskannya pergi , dia mungkin tidak akan berpatah balik untuk selama - lamanya . . 

No comments:

Post a Comment