Thursday 6 December 2012

surat SAYANG untuk awak :-(



Saya telah mengembara ke 'hujung dunia' , mencari ape yg sy inginkan . Tapi kali pertama saya bertemu awak , hati saya telah begitu riang gembira . Demi TUHAN , saya tidak tahu mengapa . Tapi itulah kebenarannya . Setelah beberapa lama kita berkawan , saya telah jatuh tersungkur ke penjuru mata awak . Saya tidak dapat membohongi perasaan saya bahawa saya menyayangi awak . Dan di saat saya begitu menyayangi awak , perasaan sayang saya berkelana mencari singgahsana di hati awak . Nyata saya tidak mampu menemuinya . Awak mencampakkannya jauh ke dasar laut yang tak mampu saya selam . Di sana awak jugalah yang menyalakan api dan membakar saya dalam diam . Saya sedih sangat bile awak kata awak tak tahu apa sebenarnya yang awak cari . Tapi jauh di sudut hati saya ini , saya merasakan awak masih belum cukup dewasa untuk memahami apa itu SAYANG dan mungkin tidak akan pernah dewasa atau mungkin juga awak belum pernah benar-benar sayang pada seseorang . Jadi selama ini , siapa saya di hati awak ? ? ! ! Saya tahu awak anggap saya seperti orang biasa dalam hidup awak . Siapa yang memujuk saya untuk membuka pintu hati ? ? Siapa yang mengajar saya bahawa sayang itu memerlukan pengorbanan ? ? Siapa yang memberitahu saya agar sentiasa jujur dengan perasaan sendiri ? ? AWAK ! ! ! . Awak mungkin jenis lelaki yang boleh disayangi ramai orang berkali-kali . Tapi saya pula seorang yang percaya bahawa dalam hidup saya hanya ada seseorang , seseorang yang nak saya sayangi . Awak , , kita hidup cuma sekali , mati  juga sekali . Melangkah pergi meninggalkan awak , telah mengambil seluruh kekuatan yang saya ada . Jangan anggap saya tinggalkan awak kerana saya bencikan awak . JANGAN ! ! ! . Bagaimana saya harus bencikan awak , sedangkan setiap hari saya merindui awak , biarpun pada ketika awak berada di sisi saya . Di setiap saat saya mengingati awak . Seumur hidup saya ini saya akan menyayangi awak . Awak , sebelum saya menghilangkan diri dari dunia awak , saya ingin nyatakan sesuatu yang tak pernah awak tahu . Kalaulah awak bertanya pada saya , sedalam mana saya sayangkan awak , ini jawapan saya :
''Kalau suatu hari awak kehilangan suara , saya akan memberikan suara saya agar awak dapat bersuara semula . Meskipun waktu itu saya akan bisu buat selama-lamanya . Kalau suatu hari awak kehilangan penglihatan , saya akan memberikan mata saya agar awak dapat melihat sayang saya biarpun waktu itu saya akan buta buat selama-lamanya . Dan kalau suatu hari nanti awak kehilangan hati , saya akan memberikan hati saya pada awak agar awak dapat hidup selamanya , meskipun waktu itu saya tiada lagi di dunia ini .''
Seseorang pernah berkata , ,
Jika kita benar-benar menyayangi seseorang , maka biarkan orang itu pergi dengan kebahagiaannya . . Kebahagiaannya akan membuatkan kita turut bahagia . .
Awakkk , ,kerana saya menyayangi awak lah saya melangkah pergi , demi kebahagiaan awak . Saya doakan supaya suatu hari nanti awak akan temui apa yang awak cari . Supaya suatu hari nanti awak akan memahami apa erti sayang yang sebenar . Supaya suatu hari nanti awak akan dapat mengetahui , bagaimana rasanya terlalu sayang seseorang dan semoga awak tak akan pernah terlewat untuk menghargainya . Awakkk , , saya percaya pada Tuhan yang mempertemukan kita . Saya tahu ada hikmahnya di sebalik semua ini dan saya tidak akan pernah mempersoalkannya . Saya juga tak pernah kesal , , sekurang-kurangnya sepanjang mengenali awak , saya telah bersikap ikhlas dan jujur dengan perasaan saya . Saya juga percaya , andai kita punya jodoh , awak akan kembali pada saya . Itu bukan harapan saya tapi saya ingin belajar untuk pasrah pada ketentuan Tuhan dan kalaupun awak tak akan pernah kembali pada saya , saya percaya mungkin itu yang terbaik . Saya akan sentiasa doakan awak bahagia dengan hidup awak .
SAYA SAYANGKAN AWAK :-) . . .

No comments:

Post a Comment